Jumaat, 4 November 2011

UNIFI

                                          

Salam guys,
Agak lama baru kali ni ada kesempatan update blog. My 2nd post so far, nampak bebenor malasnya..muahaha. Dalam artikel kali ni aku nak review pasal UniFi berdasarkan beberapa FAQ seperti di bawah:

1) Apa sebenarnya UniFi?
UniFi adalah salah satu produk yang dibangunkan oleh TM Berhad dengan sokongan Kerajaan Malaysia dalam internet berkelajuan tinggi ataupun lebih dikenali sebagai High Speed Broadband (HSBB). UniFi menandakan satu zaman baru gaya hidup digital kepada rakyat Malaysia dengan pengalaman dalam talian yang lebih cepat, seiring dengan perkembangan teknologi. TAHNIAH TM!

2) Apa pakej yang ditawarkan?
UniFi menawarkan perkhidmatan yang dipanggil "Triple Play Service" merangkumi High Speed Internet (HSI), HyppTV (IPTV) dan telefon.
Terdapat dua (2) pakej yang ditawarkan iaitu VIP (untuk pengguna biasa) & BIZ (untuk bisnes).
*klik gambar untuk besarkan
*klik gambar untuk besarkan



3) Kawasan rumah saya ada UniFi ke?
  • UniFi hanya terdapat di beberapa kawasan sahaja seperti Lembah Klang, Johor, P.Pinang & Kedah.
  • Semak secara atas talian (online[Klik Link]; atau
  • Terus ke TMPoint untuk mendapat maklumat yang lebih tepat
4) Bagaimana saya nak daftar?
  • Bawa salinan IC ke TMPoint terpilih: MenaraTM, Taipan Subang Jaya, Damansara Utama, Jln.Raja Chulan, Shah Alam & Bangsar; atau
  • Daftar atas talian [Link 1], [Link 2]; atau
  • Agensi atau ejen2 yang diiktiraf (e.g. di booth pameran)
                                        
  • Ini yang anda akan dapat bila daftar UniFi
                                                       
         *klik gambar untuk besarkan

5) Boleh bayar bil online ke? [Klik Link]
Boleh je. Terdapat beberapa cara untuk membayar bil:
  • Bayar atas talian (Kad Kredit, Akaun Semasa/Simpanan) atau Mesin ATM di Maybank, Bank Rakyat, BSN, United Overseas Bank (UOB), RHB, Ambank, Hong Leong, Public Bank, Bank Muamalat; atau
  • myUnifi (Kad Kredit) [Klik Link]; atau
  • TMPOINT; atau
  • POS Malaysia
6) Bagaimana nak laporkan kerosakan?
  • Jika berlaku sebarang masalah (e.g. internet slow), boleh hubungi TM UniFi Center (TMUC): 1-300-88-1222/1221
  • Sebarang pertukaran peralatan yang rosak (RG, Modem etc) di dalam tempoh waranti adalah percuma. 
7)  Kalau pindah rumah, UniFi boleh bawa sekali ke?
  • Permintaan untuk penempatan semula boleh dibuat di TMPoint terpilih atau menerusi TMUC.
  • Penempatan semula adalah berdasarkan kawasan yang mempunyai perkhidmatan UniFi sahaja.
  • Bagi kawasan yang takde UniFi, mungkin service akan di downgrade ke pakej Streamyx yang paling laju (4MB) sehingga UniFi available. *saya kurang pasti
  • Caj dikenakan untuk penempatan semula iaitu sebanyak RM300
8) Berapa lama baru boleh terminate service?
  • Kontrak UniFi adalah selama dua (2) tahun. 
  • Sebarang penamatan dalam minimum kontrak, anda akan dikenakan caj penalti sebanyak RM500. Penamatan selepas tempoh kontrak tidak dikenakan sebarang penalti.
  • Yang penting, jangan lupa jelaskan bil tertunggak dulu ye sebelum terminate ^_^
9) Apa keistimewaan UniFi?

Just from my experience (aku guna UniFi 5MB/VIP5), UniFi sememangnya berbaloi bagi sesiapa yang suka muat turun movie, samada secara terus atau torrent. Streaming youtube juga tak ada masalah, tapi terpulang pada kadar penggunaan la. Kalau ramai sangat heavy user dalam satu2 masa mungkin akan ada la sikit buffering. Bagi online gamers juga disyorkan mendapatkan UniFi ni. 
*P/S Ini adalah pandangan ikhlas aku mengenai UNIFI. Tak berbayar pon..lalala

Jangan lepaskan peluang. Daftar sekarang sebelum terlambat! Untuk ketahui lebih lanjut tentang UniFi, lawati laman web:
Video.Internet.Phone
EXPERIENCE THE ALL-NEW HIGH SPEED BROADBAND LIFESTYLE 

BBL. v(^_^)v