Selasa, 16 Februari 2016

Percutian Bajet ke Ho Chi Minh, Vietnam (Hari 1)

Untuk membaca serba sedikit perkongsian tentang harga tiket dan tukaran duit, boleh klik pautan Percutian Bajet ke Ho Chi Minh, Vietnam.

Baiklah, entri kali ini ialah perkongsian sebelum dan setelah tiba di Ho Chi Minh. Bagaimana masalah komunikasi boleh menyebabkan sedikit salah faham, dan kisah kami cuba ditipu oleh pemandu teksi di sini. Untuk tahu kisah selanjutnya, kenalah baca sampai habis.

CATATANKU: HO CHI MINH HARI 1 (5/2/2016)

Aku dan Suhaimi berjanji untuk berjumpa di KLIA 2 pada jam 9:00am. Tapi seperti biasa, aku memang bermasalah dalam pengurusan masa. Aku tersedar dalam pukul 7:15am, nasib baik dah kemas barang malam tadi. Selesaikan segala urusan rumah, aku naik teksi ke LRT Sentul Timur dalam pukul 8:00am. Rancangan asal, aku akan naik bas jam 8:00am dari KL Sentral ke KLIA 2. Nampaknya memang tak akan sempat lah. 

Sampai di LRT Sentul Timur jam 8:15am. Memandangkan dah agak lambat, aku tukar perancangan untuk terus ke LRT Bandar Tasik Selatan (BTS). Dari BTS, tukar kepada KLIA Transit terus ke KLIA 2. Perjalanan menggunakan KLIA Transit dari BTS jam 9:15am ke KLIA 2 mengambil masa lebih kurang 40 - 45 minit. Aku tiba di KLIA 2 jam 10:00am.
    
    • [Info] Tambang bas dari KL Sentral - KLIA 2 = RM11.
    • [Info] Tambang KLIA Transit dari BTS - KLIA 2 = RM38.40
    • [Info] Tambang KLIA Transit dari KL Sentral - Salak Tinggi - KLIA 2 = (RM18.30 + RM4.90 = RM23.20)

      Nampak tak, betapa ruginya jika kita tidak menepati masa. Kalau tak boleh jimat lebih kurang RM20.

      10:15pm - Daftar masuk. Suhaimi terpaksa daftar masuk beg sebab besar sangat. Caj RM100++ untuk 7kg.

      11:50pm - Menaiki pesawat. Dijangka berlepas jam 12:00pm.

      1:10pm - Berlepas dari KLIA 2 ke Tan Son Nhat International Airport (TSNIA). 1 jam lewat dari waktu sebenar.

      2:42pm - Tiba di TSNIA. Waktu di sini ialah 1:42pm, lambat 1 jam dari Malaysia.


       Gambar 1: Cuaca mendung 
       
           Gambar 2: Ho Chi Minh dari dalam pesawat

      3:30pm - Melepasi imigresen. Hampir 1 jam beratur, punya lah lama, lambat betul buat kerja.

      3:40pm - Naik teksi dari TSNIA ke Hotel.

      Selepas selesai cop passport semua, kami keluar dari lapangan terbang terus ke sebelah kiri mencari teksi. Digalakkan untuk naik teksi Vinasun. Komunikasi merupakan masalah utama teksi di sini. Mereka tidak pandai berbahasa Inggeris (atau pura-pura tak tahu??). Kami pun bukanlah pandai sangat berbahasa Inggeris ni, main hentam kromo je.  

      Kami cuma tunjuk alamat hotel, yang terletak di jalan Pham Ngu Lao.


         Gambar 3: Teksi dari Syarikat Vinasun

      4:25pm - Tiba di Pasar Ben Thanh, District 1. Waktu tempatan ialah 3:25pm.

      Nak dijadikan cerita, sampai berhampiran pasar Ben Thanh, saje aku nak beramah mesra dengan pemandu Teksi dengan bertanya 'Is this Ben Thanh market?'. Padahal dah tahu. Dia berpaling, mengangguk dan tersenyum. Tak pasti dia faham atau tak. Tidak lama selepas itu, teksi ni berhenti berhampiran pasar Ben Thanh. Alhamdulillah, dekat je la hotel kami dengan pasar Ben Thanh ni rupanya. Setelah Suhaimi bayar tambang teksi, kami mencari-cari nama hotel Dai Huy Hoang tapi tak jumpa. Pelik!

      Terus tanya orang-orang kat sekitar jalan, tapi ramai yang tak tahu berbahasa Inggeris dan tak nak melayan kami. Jumpa seorang lelaki bermotosikal yang agak baik hati dan boleh berbahasa Inggeris, tolong kami tanyakan alamat hotel. Mungkin dia pun kurang pasti tempat kat mana. Tanya dan tanya, rupanya hotel ni terletak agak jauh dari Pasar Ben Thanh, jalan kaki dalam 15-20 minit. Perlu menyeberangi taman kat tengah2 bandar Ho Chi Minh ni. Suhaimi dah mula bising, dia dengan beg tarik yang besar tu lagi. Itu la, siapa suruh bawak beg besar gedabak tu..haha.

       Gambar 4: Taman untuk ke hotel dari Ben Thanh .


      Ok, cerita seterusnya. Hampir dipow oleh si pemandu teksi.

      Jalan punya jalan, ada seorang pemandu teksi (bukan Vinasun) menyapa kami dalam bahasa Inggeris. Dia bertanyakan destinasi kami. Suhaimi mula bercerita tentang kejadian tadi, dan komplen tentang pemandu teksi di sini. Pemandu teksi tu pun mengiyakan saje apa yang diceritakan oleh Suhaimi. Mungkin simpati terhadap kami. Dia menawarkan diri untuk menghantar kami ke hotel (pastinyalah tawaran berbayar), katanya hotel masih jauh lagi dari Ben Thanh. Kami setuju, tapi dia perlu gunakan meter. Suhaimi masuk ke bahagian belakang tempat duduk penumpang, dan pemandu teksi letak beg besar Suhaimi kat sebelah. Pelik, kenapa tak letak dalam bonet. Malas nak bertanya, saya masuk ke tempat duduk depan. Hampir tertukar, sebab kat Ho Chi Minh pemandu di sebelah kiri. Hehe.

      4:45pm - Naik teksi ke hotel di Jln. Pham Ngu Lao dari Pasar Ben Thanh, District 1.

      4:55pm - Tiba di Jalan Pham Ngu Lao.

      Sampai di depan hotel (sebenarnya di seberang jalan menghadap lorong ke hotel kami), pemandu teksi memberitahu kami perlu menyusuri lorong di seberang jalan untuk ke hotel. Ok, Suhaimi keluar dari teksi, dan aku masih kat dalam untuk bayar tambang. Meter menunjukkan 25,000 Dong. Aku keluarkan wang bernilai 100,000 memandangkan takde duit kecil. Si pemadu teksi minta untuk tengok duit yang aku ada, sebab wang yang aku keluarkan besar katanya. Aku bagitau semua wang bernilai 100,000 Dong. Si pemandu ni berdegil, terus memasukkan tangannya ke dalam pouch bag aku dan cuba mengambil sendiri duit. Apalagi, bermula lah perang teluk antara kami. Suhaimi yang masih panas dengan kejadian di Ben Thanh tadi mengugut untuk melapor kepada polis. Si pemandu teksi memaki hamun kami, dan memberi amaran tak nak tengok muka kami lagi. Aik, pelik dia dah bersalah kita pulak yang dimakinya. Semua mata sekeliling memandang kami. Lantak lah, kami cuma mempertahankan diri. Nasib baik ini tempat kau! Kami bayar 30,000 dan mintak baki 5,000. Dia terus berlalu pergi.


      Gambar 5: Jenis teksi yang cuba pow kami.

      Akhirnya sampai jugak kami ke hotel. Jam lebih kurang pukul 5:10pm waktu Malaysia atau 4:10pm waktu tempatan. Alhamdulillah. Hari pertama yang kurang baik. Semoga hari esok lebih baik dari hari ini.

        • [Info] Tambang teksi (Vinasun) dari TSNIA - Pasar Ben Than, District 1 = 140,000 Dong
        • [Info] Tambang teksi (Non Vinasun) dari Ben Than - Hotel Da Huy Hoang, Jln. Pham Ngu Lao = 25,000 Dong.

          Setelah berehat sebentar melepasan lelah, mandi dan solat kami bergerak ke Pasar Ben Thanh, memandangkan kat sana banyak restoran halal. Kali ini kami berjalan kaki sahaja, dalam 15-20 minit dari Pham Ngu Lao ke Ben Thanh. Kami makan malam di Restoran Hjh. Basiroh.

          Menu yang aku pesan:
          Nasi Goreng Cina 80,000 Dong = RM12
          Telur Dadar 40,000 Dong = RM6
          Asam Boi Sejuk 80,000 Dong = RM12

          Nasi Goreng Cina boleh tahan sedap, tapi air Asam Boi tak sedap langsung..haha.

          Boleh tahan mahal harganya. Aku bayar pakai duit Dong. Boleh je kalau nak bayar guna Ringgit.


          Gambar 6: Restoran Hjh. Basiroh

          Gambar 7: Nasi Goreng Cina, Telur Dadar.


          Datang ke Ho Chi Minh, jangan lupa untuk merasa Kopi Vietnam, sedap. Harga cuma 20,000 Dong atau RM3. RM diterima.

          Gambar 8: Abg Soleh, penjual Kopi Vietnam

          Kalau nak beli serbuk kopi (yang Abg Soleh tu pegang) pun boleh beli. Dia jual RM24. Kalau dalam kedai Hjh. Basiroh cuma RM20, dapat penapis kopi. Selesai makan, kami pusing dalam Pasar Ben Than sekejap, pasar malam kemudian balik ke hotel.

          Gambar 9: Suasana pasar malam sekitar Ben Thanh

          Untuk aktiviti esok, kami bercadang untuk ke Sungai Mekong. Kami ambik pakej halal dengan Restoran Hjh. Basiroh berharga USD20 / RM84.8 (Rate: 4.24). Pakej termasuk makan pagi berupa Nasi Lemak (tp kurang sedap), makan tengah hari (Nasi putih, ayam goreng & sayur) dan Mekong Cruise. Pakej Sungai Mekong dengan hotel Da Huy Hoang ialah USD10, tapi tak termasuk makan. Jadi, lebih senang ambik sekali dengan pakej makan halal.

          Ikuti perjalanan kami ke Sungai Mekong dalam entri seterusnya (Hari 2).

          Percutian Bajet ke Ho Chi Minh, Vietnam
          Percutian Bajet ke Ho Chi Minh, Vietnam (Hari 2)
          Percutian Bajet ke Ho Chi Minh, Vietnam (Hari 3)
          Percutian Bajet ke Ho Chi Minh, Vietnam (Hari 4)
          Percutian Bajet ke Ho Chi Minh, Vietnam (Ulasan Hotel)
          Percutian Bajet ke Ho Chi Minh, Vietnam (Ringkasan Tips)

          Jumpa lagi.
                 

          Jumaat, 12 Februari 2016

          Percutian Bajet ke Ho Chi Minh, Vietnam

          SEKILAS: BANDAR RAYA HO CHI MINH

          Ho Chi Minh atau Saigon merupakan bandar raya terbesar di Vietnam. Semasa dinamai Saigon, bandar ini menjadi ibu kota Cochinchina Perancis dan kemudian Vietnam Selatan dari 1954 - 1975 dalam Perang Vietnam. Pada 1975, Saigon digabungkan dengan Gia Định dan dinamakan semula Ho Chi Minh. Ho Chi Minh diambil sempena nama Presiden Vietnam dari tahun 1946 - 1969. 

           Gambar 1: Ho Chi Minh

          Pusat bandar terletak di tebing Sungai Saigon dan berdekatan dengan delta Sungai Mekong. Bandar Raya Ho Chi Minh terletak 1,760 di selatan Hanoi, ibu negara Vietnam. Nama "Saigon" masih digunakan dengan meluas di kalangan penduduk tempatan.

          CATATANKU: HO CHI MINH (5/2/16 - 8/2/16)
          Baiklah, berbalik kepada trip aku ke Ho Chi Minh. Trip ini kami baru rancang dalam hujung bulan Disember 2015 haritu. Adalah aku buat sedikit pembacaan dan tengok ulasan bloggers yang pernah ke Ho Chi Minh. Kami sepakat untuk ke sana pada 5-8/Feb/2016 iaitu selama 4h3m. Rancangan asal, kami ke sana bertiga, iaitu Suhaimi, Yassin dan aku. Memandangkan Yassin terpaksa batalkan di saat akhir atas sebab-sebab kesihatan, maka Suhaimi & aku sahaja akan ke Ho Chi Minh kali ni. Hangus macam tu je la tiket 1 lagi.

          Berikut adalah info2 dan ringkasan jadual perjalanan kami di Ho Chi Minh.

          Tiket & Tukaran Duit
          1) Tiket Air Asia pergi balik KLIA2 <--> Tan Son Nhat Airport 
          • Bayaran untuk 3 dewasa: RM1726.24
          • Harga tiket agak mahal, tapi memandangkan kami cuma berkelapangan pada tarikh ini sahaja, maka redho je la.
          • Tiket beli di http://www.airasia.com
           
           Gambar 2: Harga tiket dan Waktu perjalanan Air Asia

          2) Duit belanja: 
          • Duit Ringgit = RM300
          • USD40 =  RM169.6 (Rate: 4.24)
          • VND2,400,000 = RM468 (Rate: 0.195).
            • 1.05 juta Dong untuk belanja
            • 1.35 juta Dong untuk bayar hotel
          • Kecemasan = GBP20

          Ringkasan Jadual Perjalanan
          1) Hari 1
          • Bertolak ke Ho Chi Minh
          • Santai
          2) Hari 2
          • Delta Mekong Tour (Full day)
          • Santai 
          3) Hari 3
          • Chu Chi Tunnel (Half Day Tour)
          • Santai
          4) Hari 4
          • Santai
          • Balik ke Kuala Lumpur

          FAQ
          1) Boleh tukar nama tiket kepada nama orang lain ke? 
          • Menurut blog2 yang aku baca, tak boleh. Untuk lebih kepastian, boleh hubungi pihak Air Asia.

          Itu sahaja untuk kali ini. Jangan lupa ikuti perincian untuk percutian aku di Ho Chi Minh dalam perkongsian seterusnya. Apa yang aku kongsi ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Lain orang lain ceritanya. Bolehlah berkongsi info dalam ruangan komen di bawah.

          Percutian Bajet ke Ho Chi Minh, Vietnam (Hari 1)
          Percutian Bajet ke Ho Chi Minh, Vietnam (Hari 2)
          Percutian Bajet ke Ho Chi Minh, Vietnam (Hari 3)
          Percutian Bajet ke Ho Chi Minh, Vietnam (Hari 4)
          Percutian Bajet ke Ho Chi Minh, Vietnam (Ulasan Hotel)
          Percutian Bajet ke Ho Chi Minh, Vietnam (Ringkasan Tips)

          Jumpa lagi.


           

          Khamis, 31 Disember 2015

          2016 - Tahun Penuh Cabaran


          Dalam tak sedar, kita dah sampai ke detik-detik terakhir 2015. Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kepada-Nya kerana tahun 2015 berakhir dengan baik. Bersyukur juga kepada-Nya kerana tidak diturunkan banjir besar seperti tahun sebelumnya.

          2016, dikatakan tahun yang mencabar dengan kos sara hidup dan harga barang keperluan yang semakin meningkat. Semoga kita diberikan kekuatan dalam mengharungi setiap cabaran mendatang dan sentiasa dalam lindungan-Nya.

          Semoga kita juga diberi kesihatan yang baik, supaya dapat kita melaksanakan setiap amanah denga sempurna.

          Seiring dengan berjalannya waktu, di setiap pengalaman dalam hidup adalah sebuah pelajaran bererti bagi kita semua. 

          “Selamat Tahun Baru 2016”