SEKILAS: BANDAR RAYA HO CHI MINH
Ho Chi Minh atau Saigon merupakan bandar raya terbesar di Vietnam. Semasa dinamai Saigon,
bandar ini menjadi ibu kota Cochinchina Perancis dan
kemudian Vietnam Selatan dari 1954 - 1975 dalam Perang Vietnam. Pada 1975, Saigon digabungkan dengan
Gia Định dan dinamakan semula Ho Chi Minh. Ho Chi Minh diambil sempena nama Presiden Vietnam dari tahun 1946 - 1969.
Gambar 1: Ho Chi Minh
Pusat bandar terletak di tebing Sungai Saigon dan berdekatan dengan
delta Sungai Mekong. Bandar Raya Ho Chi Minh terletak 1,760
di selatan Hanoi, ibu negara Vietnam. Nama
"Saigon" masih digunakan dengan meluas di kalangan penduduk tempatan.
CATATANKU: HO CHI MINH (5/2/16 - 8/2/16)
Baiklah, berbalik kepada trip aku ke Ho Chi Minh. Trip ini kami baru rancang dalam hujung bulan Disember 2015 haritu. Adalah aku buat sedikit pembacaan dan tengok ulasan bloggers yang pernah ke Ho Chi Minh. Kami sepakat untuk ke sana pada 5-8/Feb/2016 iaitu selama 4h3m. Rancangan asal, kami ke sana bertiga, iaitu Suhaimi, Yassin dan aku. Memandangkan Yassin terpaksa batalkan di saat akhir atas sebab-sebab kesihatan, maka Suhaimi & aku sahaja akan ke Ho Chi Minh kali ni. Hangus macam tu je la tiket 1 lagi.
Berikut adalah info2 dan ringkasan jadual perjalanan kami di Ho Chi Minh.
Tiket & Tukaran Duit
1) Tiket Air Asia pergi balik KLIA2 <--> Tan Son Nhat Airport
- Bayaran untuk 3 dewasa: RM1726.24
- Harga tiket agak mahal, tapi memandangkan kami cuma berkelapangan pada tarikh ini sahaja, maka redho je la.
- Tiket beli di http://www.airasia.com
Gambar 2: Harga tiket dan Waktu perjalanan Air Asia
2) Duit belanja:
- Duit Ringgit = RM300
- USD40 = RM169.6 (Rate: 4.24)
- VND2,400,000 = RM468 (Rate: 0.195).
- 1.05 juta Dong untuk belanja
- 1.35 juta Dong untuk bayar hotel
- Kecemasan = GBP20
Ringkasan Jadual Perjalanan
1) Hari 1
- Bertolak ke Ho Chi Minh
- Santai
- Delta Mekong Tour (Full day)
- Santai
- Chu Chi Tunnel (Half Day Tour)
- Santai
- Santai
- Balik ke Kuala Lumpur
FAQ
1) Boleh tukar nama tiket kepada nama
orang lain ke?
- Menurut blog2 yang aku baca, tak boleh. Untuk lebih kepastian, boleh hubungi pihak Air Asia.
Itu sahaja untuk kali ini. Jangan lupa ikuti perincian untuk percutian aku di Ho Chi Minh dalam perkongsian seterusnya. Apa yang aku kongsi ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Lain orang lain ceritanya. Bolehlah berkongsi info dalam ruangan komen di bawah.
Percutian Bajet ke Ho Chi Minh, Vietnam (Hari 1)
Percutian Bajet ke Ho Chi Minh, Vietnam (Hari 2)
Percutian Bajet ke Ho Chi Minh, Vietnam (Hari 3)
Percutian Bajet ke Ho Chi Minh, Vietnam (Hari 4)
Percutian Bajet ke Ho Chi Minh, Vietnam (Ulasan Hotel)
Percutian Bajet ke Ho Chi Minh, Vietnam (Ringkasan Tips)
Jumpa lagi.


pautan hari ke 2 x bole bukak
BalasPadam