Untuk membaca serba sedikit perkongsian tentang harga tiket dan tukaran duit, boleh klik pautan Percutian Bajet ke Ho Chi Minh, Vietnam.
Baiklah, entri kali ini ialah perkongsian sebelum dan setelah tiba di Ho Chi Minh. Bagaimana masalah komunikasi boleh menyebabkan sedikit salah faham, dan kisah kami cuba ditipu oleh pemandu teksi di sini. Untuk tahu kisah selanjutnya, kenalah baca sampai habis.
CATATANKU: HO CHI MINH HARI 1 (5/2/2016)
Aku dan Suhaimi berjanji untuk berjumpa di KLIA 2 pada jam 9:00am. Tapi seperti biasa, aku memang bermasalah dalam pengurusan masa. Aku tersedar dalam pukul 7:15am, nasib baik dah kemas barang malam tadi. Selesaikan segala urusan rumah, aku naik teksi ke LRT Sentul Timur dalam pukul 8:00am. Rancangan asal, aku akan naik bas jam 8:00am dari KL Sentral ke KLIA 2. Nampaknya memang tak akan sempat lah.
Sampai di LRT Sentul Timur jam 8:15am. Memandangkan dah agak lambat, aku tukar perancangan untuk terus ke LRT Bandar Tasik Selatan (BTS). Dari BTS, tukar kepada KLIA Transit terus ke KLIA 2. Perjalanan menggunakan KLIA Transit dari BTS jam 9:15am ke KLIA 2 mengambil masa lebih kurang 40 - 45 minit. Aku tiba di KLIA 2 jam 10:00am.
- [Info] Tambang bas dari KL Sentral - KLIA 2 = RM11.
- [Info] Tambang KLIA Transit dari BTS - KLIA 2 = RM38.40
- [Info] Tambang KLIA Transit dari KL Sentral - Salak Tinggi - KLIA 2 = (RM18.30 + RM4.90 = RM23.20)
Nampak tak, betapa ruginya jika kita tidak menepati masa. Kalau tak boleh jimat lebih kurang RM20.
10:15pm - Daftar masuk. Suhaimi terpaksa daftar masuk beg sebab besar sangat. Caj RM100++ untuk 7kg.
11:50pm - Menaiki pesawat. Dijangka berlepas jam 12:00pm.
1:10pm - Berlepas dari KLIA 2 ke Tan Son Nhat International Airport (TSNIA). 1 jam lewat dari waktu sebenar.
2:42pm - Tiba di TSNIA. Waktu di sini ialah 1:42pm, lambat 1 jam dari Malaysia.
Gambar 1: Cuaca mendung
Gambar 2: Ho Chi Minh dari dalam pesawat
3:30pm - Melepasi imigresen. Hampir 1 jam beratur, punya lah lama, lambat betul buat kerja.
3:40pm - Naik teksi dari TSNIA ke Hotel.
Selepas selesai cop passport semua, kami keluar dari lapangan terbang terus ke sebelah kiri mencari teksi. Digalakkan untuk naik teksi Vinasun. Komunikasi merupakan masalah utama teksi di sini. Mereka tidak pandai berbahasa Inggeris (atau pura-pura tak tahu??). Kami pun bukanlah pandai sangat berbahasa Inggeris ni, main hentam kromo je.
Kami cuma tunjuk alamat hotel, yang terletak di jalan Pham Ngu Lao.
Gambar 3: Teksi dari Syarikat Vinasun
4:25pm - Tiba di Pasar Ben Thanh, District 1. Waktu tempatan ialah 3:25pm.
Nak dijadikan cerita, sampai berhampiran pasar Ben Thanh, saje aku nak beramah mesra dengan pemandu Teksi dengan bertanya 'Is this Ben Thanh market?'. Padahal dah tahu. Dia berpaling, mengangguk dan tersenyum. Tak pasti dia faham atau tak. Tidak lama selepas itu, teksi ni berhenti berhampiran pasar Ben Thanh. Alhamdulillah, dekat je la hotel kami dengan pasar Ben Thanh ni rupanya. Setelah Suhaimi bayar tambang teksi, kami mencari-cari nama hotel Dai Huy Hoang tapi tak jumpa. Pelik!
Terus tanya orang-orang kat sekitar jalan, tapi ramai yang tak tahu berbahasa Inggeris dan tak nak melayan kami. Jumpa seorang lelaki bermotosikal yang agak baik hati dan boleh berbahasa Inggeris, tolong kami tanyakan alamat hotel. Mungkin dia pun kurang pasti tempat kat mana. Tanya dan tanya, rupanya hotel ni terletak agak jauh dari Pasar Ben Thanh, jalan kaki dalam 15-20 minit. Perlu menyeberangi taman kat tengah2 bandar Ho Chi Minh ni. Suhaimi dah mula bising, dia dengan beg tarik yang besar tu lagi. Itu la, siapa suruh bawak beg besar gedabak tu..haha.
Ok, cerita seterusnya. Hampir dipow oleh si pemandu teksi.
Jalan punya jalan, ada seorang pemandu teksi (bukan Vinasun) menyapa kami dalam bahasa Inggeris. Dia bertanyakan destinasi kami. Suhaimi mula bercerita tentang kejadian tadi, dan komplen tentang pemandu teksi di sini. Pemandu teksi tu pun mengiyakan saje apa yang diceritakan oleh Suhaimi. Mungkin simpati terhadap kami. Dia menawarkan diri untuk menghantar kami ke hotel (pastinyalah tawaran berbayar), katanya hotel masih jauh lagi dari Ben Thanh. Kami setuju, tapi dia perlu gunakan meter. Suhaimi masuk ke bahagian belakang tempat duduk penumpang, dan pemandu teksi letak beg besar Suhaimi kat sebelah. Pelik, kenapa tak letak dalam bonet. Malas nak bertanya, saya masuk ke tempat duduk depan. Hampir tertukar, sebab kat Ho Chi Minh pemandu di sebelah kiri. Hehe.
4:45pm - Naik teksi ke hotel di Jln. Pham Ngu Lao dari Pasar Ben Thanh, District 1.
4:55pm - Tiba di Jalan Pham Ngu Lao.
Sampai di depan hotel (sebenarnya di seberang jalan menghadap lorong ke hotel kami), pemandu teksi memberitahu kami perlu menyusuri lorong di seberang jalan untuk ke hotel. Ok, Suhaimi keluar dari teksi, dan aku masih kat dalam untuk bayar tambang. Meter menunjukkan 25,000 Dong. Aku keluarkan wang bernilai 100,000 memandangkan takde duit kecil. Si pemadu teksi minta untuk tengok duit yang aku ada, sebab wang yang aku keluarkan besar katanya. Aku bagitau semua wang bernilai 100,000 Dong. Si pemandu ni berdegil, terus memasukkan tangannya ke dalam pouch bag aku dan cuba mengambil sendiri duit. Apalagi, bermula lah perang teluk antara kami. Suhaimi yang masih panas dengan kejadian di Ben Thanh tadi mengugut untuk melapor kepada polis. Si pemandu teksi memaki hamun kami, dan memberi amaran tak nak tengok muka kami lagi. Aik, pelik dia dah bersalah kita pulak yang dimakinya. Semua mata sekeliling memandang kami. Lantak lah, kami cuma mempertahankan diri. Nasib baik ini tempat kau! Kami bayar 30,000 dan mintak baki 5,000. Dia terus berlalu pergi.
Akhirnya sampai jugak kami ke hotel. Jam lebih kurang pukul 5:10pm waktu Malaysia atau 4:10pm waktu tempatan. Alhamdulillah. Hari pertama yang kurang baik. Semoga hari esok lebih baik dari hari ini.
Setelah berehat sebentar melepasan lelah, mandi dan solat kami bergerak ke Pasar Ben Thanh, memandangkan kat sana banyak restoran halal. Kali ini kami berjalan kaki sahaja, dalam 15-20 minit dari Pham Ngu Lao ke Ben Thanh. Kami makan malam di Restoran Hjh. Basiroh.
Menu yang aku pesan:
Nasi Goreng Cina boleh tahan sedap, tapi air Asam Boi tak sedap langsung..haha.
Boleh tahan mahal harganya. Aku bayar pakai duit Dong. Boleh je kalau nak bayar guna Ringgit.
Datang ke Ho Chi Minh, jangan lupa untuk merasa Kopi Vietnam, sedap. Harga cuma 20,000 Dong atau RM3. RM diterima.
Kalau nak beli serbuk kopi (yang Abg Soleh tu pegang) pun boleh beli. Dia jual RM24. Kalau dalam kedai Hjh. Basiroh cuma RM20, dapat penapis kopi. Selesai makan, kami pusing dalam Pasar Ben Than sekejap, pasar malam kemudian balik ke hotel.
Untuk aktiviti esok, kami bercadang untuk ke Sungai Mekong. Kami ambik pakej halal dengan Restoran Hjh. Basiroh berharga USD20 / RM84.8 (Rate: 4.24). Pakej termasuk makan pagi berupa Nasi Lemak (tp kurang sedap), makan tengah hari (Nasi putih, ayam goreng & sayur) dan Mekong Cruise. Pakej Sungai Mekong dengan hotel Da Huy Hoang ialah USD10, tapi tak termasuk makan. Jadi, lebih senang ambik sekali dengan pakej makan halal.
Ikuti perjalanan kami ke Sungai Mekong dalam entri seterusnya (Hari 2).
Percutian Bajet ke Ho Chi Minh, Vietnam
Percutian Bajet ke Ho Chi Minh, Vietnam (Hari 2)
Percutian Bajet ke Ho Chi Minh, Vietnam (Hari 3)
Percutian Bajet ke Ho Chi Minh, Vietnam (Hari 4)
Percutian Bajet ke Ho Chi Minh, Vietnam (Ulasan Hotel)
Percutian Bajet ke Ho Chi Minh, Vietnam (Ringkasan Tips)
Jumpa lagi.
Gambar 4: Taman untuk ke hotel dari Ben Thanh .

Gambar 5: Jenis teksi yang cuba pow kami.
Akhirnya sampai jugak kami ke hotel. Jam lebih kurang pukul 5:10pm waktu Malaysia atau 4:10pm waktu tempatan. Alhamdulillah. Hari pertama yang kurang baik. Semoga hari esok lebih baik dari hari ini.
- [Info] Tambang teksi (Vinasun) dari TSNIA - Pasar Ben Than, District 1 = 140,000 Dong
- [Info] Tambang teksi (Non Vinasun) dari Ben Than - Hotel Da Huy Hoang, Jln. Pham Ngu Lao = 25,000 Dong.
Setelah berehat sebentar melepasan lelah, mandi dan solat kami bergerak ke Pasar Ben Thanh, memandangkan kat sana banyak restoran halal. Kali ini kami berjalan kaki sahaja, dalam 15-20 minit dari Pham Ngu Lao ke Ben Thanh. Kami makan malam di Restoran Hjh. Basiroh.
Menu yang aku pesan:
Nasi Goreng Cina | 80,000 Dong = | RM12 |
Telur Dadar | 40,000 Dong = | RM6 |
Asam Boi Sejuk | 80,000 Dong = | RM12 |
Nasi Goreng Cina boleh tahan sedap, tapi air Asam Boi tak sedap langsung..haha.
Boleh tahan mahal harganya. Aku bayar pakai duit Dong. Boleh je kalau nak bayar guna Ringgit.
Gambar 6: Restoran Hjh. Basiroh
Gambar 7: Nasi Goreng Cina, Telur Dadar.
Datang ke Ho Chi Minh, jangan lupa untuk merasa Kopi Vietnam, sedap. Harga cuma 20,000 Dong atau RM3. RM diterima.
Gambar 8: Abg Soleh, penjual Kopi Vietnam
Kalau nak beli serbuk kopi (yang Abg Soleh tu pegang) pun boleh beli. Dia jual RM24. Kalau dalam kedai Hjh. Basiroh cuma RM20, dapat penapis kopi. Selesai makan, kami pusing dalam Pasar Ben Than sekejap, pasar malam kemudian balik ke hotel.
Gambar 9: Suasana pasar malam sekitar Ben Thanh