MULIA PERIBADIMU, SULUHAN HATIKU
Sesungguhnya kelahiran Rasulullah SAW ke muka bumi merupakan rahmat untuk umatnya. Kecekalan serta kesungguhan baginda Rasulullah SAW menyebar wahyu suci nyata sesuatu yang amat hebat untuk dicontohi. Manakala kekuatan peribadi junjungan besar SAW ini merupakan contoh dan tauladan unggul sepanjang zaman.
Nabi Muhammad SAW diputerakan tanggal 12 Rabiul Awwal 571 Masihi serentak dengan tahun Gajah mengikut sirahnya. Itulah kelahiran yang memberi rahmat ke seluruh alam. Ketabahan ibu dan bapa baginda rasulullah SAW nyata menyumbang terhadapa ketinggian peribadinya. Menjadi anak yatim dan ketabahan ibunya Siti Aminah meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal pasti memerlukan ketabahan yang luar biasa. Inilah ujian ketabahan merangkap latihan ruhiyyah yang terawal dilalui Rasulullah SAW.
Jelas bagi golongan muda, cabaran dan dugaan itu penguat jati diri. Berapa ramai anak muda masa kini yang bertindak membunuh diri hanya kerana dikecewakan kekasih. Dugaan kehidupan ini jauh lebih kecil berbanding apa yang dilalui baginda Rasulullah SAW seawal kehidupannya. Maka contohilah ketabahan junjungan besar ini buat mendepani cabaran hidup yang getir ini.
Umum mengetahu kesucian hati dan peribadi Nabi Muhammad SAW bertitik tolak dari satu peristiwa pembelahan dada. Ketika Baginda menghampiri usia lima (5) tahun, dadanya dibelah, hatinya dikeluarkan lalu segumpal darah hitam dibuang. Hatinya dicuci dengan air dingin seterusnya dikembalikan ke dalam rongga tubuhnya. Peristiwa ini jelas merupakan proses penyucian hati junjungan besar SAW untuk muncul sebagai pemimpin dan pembawa utusan Allah yang tulus nuraninya. Ia menghasilkan peribadi unggul malah kental keimanannya walau diasak dengan kejian dan tohmahan musuh2 Islam.
Maka jelaslah, golongan muda juga memerlukan proses pembersihan hati dan jiwa. Hati yang suci ini memudahkan doa untuk dikabulkan. malah memandu akal dan nafsu untuk bertindak ke jalan yang diredhai. Ia boleh direalisasikan dengan amalan zikir dan istighfar. Manakala amalan kerohanian sehebat solat pula menyediakan diri mengukuhkan keimanan. Amalan sentiasa memohon ampun kepada Allah dan bertaubat ini merupakan wasilah menyucikan diri daripada noda dan dosa. Malah ia juga cara untuk merasakan diri sentiasa rapat dengan Allah.
[sumber dari 'Hargai Usia Remajamu' Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial Dan Komuniti JAKIM
oleh Ruzain Syukur B Mansor]
Biodata Ringkas Rasulullah SAW
- Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin hashim
- Tarikh Lahir: Isnin 12 Rabiulawwal 571M Subuh (disebut sebagai Tahun Gajah sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kaabah).
- Nama Bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
- Nama Ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
- Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (disebut sebagai Ummu Aiman yakni hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
- Ibu Susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
- Ibu Susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali sebagai Halimah As-Sa'diah dan suaminya bernama Abu Kabsyah).
Selamat menyambut Malulidur Rasul 12 Rabiulawwal 1433H
"PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH"
BBL. v(^_^)v
Tiada ulasan:
Catat Ulasan