Khamis, 26 Januari 2012

UNIFI / Streamyx - Zero Entry Promo

Salam guys,

Berita Baik! Berita Baik! Bagi semua pelanggan baru Jalur Lebar TM,

Dapatkan perkhidmatan jalur lebar bersama TM untuk menikmati pemasangan  PERCUMA dan tanpa yuran pengaktifan untuk tempoh terhad sahaja.




Tempoh Promosi:
  • Promosi ini berkuatkuasa dari 1 januari 2012 - 31 Disember 2012.
  • Promosi ini terbuka kepada pelanggan baru Jalur Lebar TM (Streamyx, pakej Business Broadband terpilih, dan UniFi)
Nota Penting:
  • Promosi ini terbuka kepada pelanggan baru Jalur Lebar TM yang melanggan produk-produk / pakej-pakej berikut:


Pengguna
Bisnes
-          Semua pakej Streamyx
-          Semua pakej UniFi
-          Office in a Box
-          SOHO Promo WiFi@Office
-          Fixed IP Promo WiFi@Office
-          Semua pakej UniFi BIZ
  • Tiada yuran pemasangan biasa dan yuran pengaktifan akan dikenakan bagi pelanggan yang berjaya mendaftar pakej-pakej di atas bermula pada 1 Januari 2012.
  • Untuk UniFi, caj-caj selain dari yuran pemasangan biasa akan dikenakan.
  • Tiada deposit diperlukan semasa pendaftaran.
  • PERCUMA peralatan berserta satu tahun jaminan semasa pendaftaran bagi pakej-pakej Streamyx dan UniFi (VIP dan BIZ) dan jaminan sepanjang hayat bagi pakej-pakej Business Broadband.
  • Pelanggan boleh mendaftar di kesemua TMpoint berdekatan (bagi pelanggan UniFi hanya TMpoint yang terlibat dalam kawasan UniFi sahaja) [Klik Link]; TM Authorised Dealership (TAD), Authorised TM Sales agents dan melalui portal TM [Klik Link]
  • Promosi ini layak untuk semua jenis pakej Jalur Lebar TM. 
Rebut selagi peluang masih ada! Sekian.


Video.Internet.Phone
EXPERIENCE THE ALL-NEW HIGH SPEED BROADBAND LIFESTYLE
BBL. v(^_^)v

The Best Media Player Performance

Salam guys,
Which is the best media player?

Mencari satu pemain media semua dalam satu (all-in-one) adalah agak mustahil. Kita memerlukan beberapa pemain media yang berbeza-beza untuk memainkan file .mp3, real media, CDs, DVD dan sebagainya. Seiring dengan perkembangan teknologi, hampir semua jenis format media ini dapat dimainkan dalam satu pemain media sahaja i.e. Media Player Classis (MPC).

Bagaimanapun, setelah melalui satu tempoh masa tertentu ia telah menjadi terlalu sendat. Sesetengah pemain media kini didatangkan sekali dengan ciri-ciri yang tak perlu sehinggakan bila anda buka satu2 video / video HD proses loading lambat dan penggunaan CPU dan RAM menjadi tinggi. Ia juga boleh mengandungi adware jika anda tidak berhati-hati semasa melakukan proses instalasi.

Kita tak dapat mengatakan satu-satu media player ini lebih baik dari yang lain sebab masing2 ada kelebihan. Lagipun, setiap orang akan claims their own products are fast, efficient and great performers, whethers they are, or they're really not.

Jadi, untuk post kali ni, aku nak berkongsi beberapa  media player yang aku guna untuk tengok video (.mkv, .avi, .mp4, .mpeg, .rmvb, .flv, vcd, dvd etc) dan dengar lagu (.mp3, real media, .wma etc). Ini antara  pemain media yang aku rasa bagus untuk digunakan dan patut ada dalam komputer korang.

Nota: Sesetengah perisian mungkin memerlukan codecs tambahan untuk berfungsi. Untuk lebih memahami tentang codecs, termasuk apa yang ia buat, isu-isu legal dan pautan untuk muaturun, sila rujuk artikel Understanding Codecs 












































































CATATAN PENULIS:
Tahun 2003, iaitu zaman mula2 aku kenal apa itu komputer. Masa ni, aku guna Real Player. Rasa cam bangga je dapat guna Real Player sebab dia ada visualization menarik macam biri2 menari2 (cth Annabelle the Sheep tu la). Masa tu popular dengan fail format .rmvb, .rm, jadi sesuai sangat la guna Real Player ni. Cuma, kadang-kadang ada sesetengah format yang tak boleh main kecuali kita install codec seperti K-Lite Codec Pack 8.10 (Full) dan StormCodec 7.01.19

Beberapa tahun berlalu, aku beralih ke Media Player Classic yang datang bersama codec yang kita install. Aku dapati kadang-kadang ia lambat untuk loading certain video format mcm .mkv. Sehinggalah tahun lepas, aku mula mencuba VLC player dan dapati ia memang bagus untuk menonton BRRip movie. 
Masuk tahun baru ni, rasa nak ubah angin lak. Aku start guna Daum PotPlayer, dan dapati ia agak cepat loading (subtitle & movie) berbanding VLC player. Jadi aku rasa, aku stick dengan PotPlayer sampai aku jumpa pemain media yang baru yang boleh beat PotPlayer ni or at least VLC Player.
   
Untuk konklusinya, aku simpulkan bahawa PotPlayer di ranking pertama manakala VLC Player di ranking ke-2 sebagai pemain media yang bagus. (mungkin pendapat kita berbeza..hakhak). Tapi, untuk pengetahuan korang, aku masih install semua pemain media di atas kat dalam lappy aku. 


BBL. v(^_^)v

Isnin, 16 Januari 2012

Prank

Salam guys,

Do you know what is the meaning of prank?
Mengikut Free Online Dictionary, prank didefinisikan sebagai "A mischievous trick or practical joke" atau dengan kata lain taktik untuk mengenakan orang lain.

Ape kes wa tiba-tiba melalut pasal prank ni. Kalau lu orang nak tau, sebenarnya wa kena hari ni beb. Lu orang baca sendiri ah. Wa sendiri tak tau ilmu apa diorang guna sampai mata wa digelapkan. Langsung tak perasan klu2 penipuan yang jelas tertulis dalam email ni (seperti yang wa bulatkan di bawah)

Adoinya pun derr..At the moment wa perasan sumer ni, I knew that I was the victim of a clever prank..takpe2, jaga la korang si pengirim email, ada ubi ada batas ada hari lu pikir la sendiri..muahaha

BBL. v(^_^)v

Ahad, 1 Januari 2012

Selamat Tahun Baru 2012


Salam guys,

Tahun 2011 dah pun melabuhkan tirainya membawa bersama segala kenangan. 2012 menjelma, bemakna bertambah setahun lagi usia aku. Semoga tahun 2012 menjanjikan lebih kebaikan, kebahagiaan, keberkatan dan rezeki yang bertambah untuk kita semua, Insyaallah.

Azam! Perkataan ini cukup sinonim dengan tahun baru. Perlu ke kita berazam? Maksud aku azam setiap kali tahun baru. Bagi aku, tak perlu tunggu tahun baru untuk melakukan sesuatu azam. Cukup kita laksanakan setiap tanggungjawab kita samada sebagai pelajar, pekerja etc dengan sebaik mungkin setakat yang termampu.

Tapi bagi sesiapa yang menanam azam setiap kali tahun baru tu takde la salah. Bergantung pada diri masing2 la, selagi tidak melanggar undang2 manusia dan hukum Allah. Semoga segala impian, hasrat dan cita2 kita tercapai. Buat yang terbaik, pastikan jangan hangat2 tahi ayam je.
"Faint heart never won fair lady". 

Azam aku tahun 2012 adalah kesinambunagn dari tahun2 sebelumnya, iaitu datang awal ke ofis. Tapi mengikut perkiraan akal yang waras, ia tak akan tercapai..muahaha
Just wait and see y'all

Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini & hari2 sebelumnya.

Selamat Tahun Baru 2012


BBL. v(^_^)v