Tahun 2011 dah pun melabuhkan tirainya membawa bersama segala kenangan. 2012 menjelma, bemakna bertambah setahun lagi usia aku. Semoga tahun 2012 menjanjikan lebih kebaikan, kebahagiaan, keberkatan dan rezeki yang bertambah untuk kita semua, Insyaallah.
Azam! Perkataan ini cukup sinonim dengan tahun baru. Perlu ke kita berazam? Maksud aku azam setiap kali tahun baru. Bagi aku, tak perlu tunggu tahun baru untuk melakukan sesuatu azam. Cukup kita laksanakan setiap tanggungjawab kita samada sebagai pelajar, pekerja etc dengan sebaik mungkin setakat yang termampu.
Tapi bagi sesiapa yang menanam azam setiap kali tahun baru tu takde la salah. Bergantung pada diri masing2 la, selagi tidak melanggar undang2 manusia dan hukum Allah. Semoga segala impian, hasrat dan cita2 kita tercapai. Buat yang terbaik, pastikan jangan hangat2 tahi ayam je.
"Faint heart never won fair lady".
Azam aku tahun 2012 adalah kesinambunagn dari tahun2 sebelumnya, iaitu datang awal ke ofis. Tapi mengikut perkiraan akal yang waras, ia tak akan tercapai..muahaha
Just wait and see y'all
Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini & hari2 sebelumnya.
Selamat Tahun Baru 2012
BBL. v(^_^)v

Tiada ulasan:
Catat Ulasan