Khamis, 26 Januari 2012

The Best Media Player Performance

Salam guys,
Which is the best media player?

Mencari satu pemain media semua dalam satu (all-in-one) adalah agak mustahil. Kita memerlukan beberapa pemain media yang berbeza-beza untuk memainkan file .mp3, real media, CDs, DVD dan sebagainya. Seiring dengan perkembangan teknologi, hampir semua jenis format media ini dapat dimainkan dalam satu pemain media sahaja i.e. Media Player Classis (MPC).

Bagaimanapun, setelah melalui satu tempoh masa tertentu ia telah menjadi terlalu sendat. Sesetengah pemain media kini didatangkan sekali dengan ciri-ciri yang tak perlu sehinggakan bila anda buka satu2 video / video HD proses loading lambat dan penggunaan CPU dan RAM menjadi tinggi. Ia juga boleh mengandungi adware jika anda tidak berhati-hati semasa melakukan proses instalasi.

Kita tak dapat mengatakan satu-satu media player ini lebih baik dari yang lain sebab masing2 ada kelebihan. Lagipun, setiap orang akan claims their own products are fast, efficient and great performers, whethers they are, or they're really not.

Jadi, untuk post kali ni, aku nak berkongsi beberapa  media player yang aku guna untuk tengok video (.mkv, .avi, .mp4, .mpeg, .rmvb, .flv, vcd, dvd etc) dan dengar lagu (.mp3, real media, .wma etc). Ini antara  pemain media yang aku rasa bagus untuk digunakan dan patut ada dalam komputer korang.

Nota: Sesetengah perisian mungkin memerlukan codecs tambahan untuk berfungsi. Untuk lebih memahami tentang codecs, termasuk apa yang ia buat, isu-isu legal dan pautan untuk muaturun, sila rujuk artikel Understanding Codecs 












































































CATATAN PENULIS:
Tahun 2003, iaitu zaman mula2 aku kenal apa itu komputer. Masa ni, aku guna Real Player. Rasa cam bangga je dapat guna Real Player sebab dia ada visualization menarik macam biri2 menari2 (cth Annabelle the Sheep tu la). Masa tu popular dengan fail format .rmvb, .rm, jadi sesuai sangat la guna Real Player ni. Cuma, kadang-kadang ada sesetengah format yang tak boleh main kecuali kita install codec seperti K-Lite Codec Pack 8.10 (Full) dan StormCodec 7.01.19

Beberapa tahun berlalu, aku beralih ke Media Player Classic yang datang bersama codec yang kita install. Aku dapati kadang-kadang ia lambat untuk loading certain video format mcm .mkv. Sehinggalah tahun lepas, aku mula mencuba VLC player dan dapati ia memang bagus untuk menonton BRRip movie. 
Masuk tahun baru ni, rasa nak ubah angin lak. Aku start guna Daum PotPlayer, dan dapati ia agak cepat loading (subtitle & movie) berbanding VLC player. Jadi aku rasa, aku stick dengan PotPlayer sampai aku jumpa pemain media yang baru yang boleh beat PotPlayer ni or at least VLC Player.
   
Untuk konklusinya, aku simpulkan bahawa PotPlayer di ranking pertama manakala VLC Player di ranking ke-2 sebagai pemain media yang bagus. (mungkin pendapat kita berbeza..hakhak). Tapi, untuk pengetahuan korang, aku masih install semua pemain media di atas kat dalam lappy aku. 


BBL. v(^_^)v

Tiada ulasan:

Catat Ulasan